Sunday, July 4, 2010

Pengenalan

KENAPA JADI BEGINI ...!

Tajuk blog sebegini saya pilih kerana ingin menghuraikan PANDANGAN dan PENGAMATAN saya mengenai hal ehwal dunia sekarang yang nampak luarannya bagus/cantik/baik tetapi kenyataannya adalah sebaliknya.

Macam simbolik jer ...!

Memang betul. Rasanya pengalaman hidup yang sudah masuk kawasan kecemasan membuatkan saya ingin berkongsi apa yang saya perhatikan peri hal kehidupan yang maya ini. Setiap perkara yang kita tempuh, apakah ianya cuma sekadar fatarmorgana atau kenyataan! Tetapi yang pasti adalah apabila kita hampiri tiada apa-apa sebenarnya yang ada melainkan sekadar sangkaan kita saja sebelum nie.

Pesan Al-Imam Al-Ghazali;


Mengapa tujuan hidup hanya untuk beribadah kepada Allah sedangkan dunai ini dihidangkan oleh Allah kepada kita? Pelik bukan!
Sekadar flash back ... pernah disuatu ketika, dalam bentuk roh, kita dihimpunkan oleh Allah disuatu tempat dan di tanya oleh Allah ... "Adakah Aku tuhan kamu" ... maka sekilan kita menjawab, "Bahkan, kami menyaksikan bahawa Engkau adalah tuhan kami" ... Apabila kita semua telah mengaku dan bersaksi bahawa Allah adalah tuhan kita maka ianya harus diikuti dengan perbuatan penyaksian ... iaitu ibadah
Inilah yang cuba saya kongsikan. Apakah yang kita sangka fartamorgana itu sebenarnya ibadah atau angan-angan sahaja ataupun mainan seseorang terhadap kepercayaan kita ...
wallahu 'alam ... bersambung

No comments:

Post a Comment