Thursday, March 3, 2011

Tulisan Rencong = Tulisan Melayu Yang Asli

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Sirajuddin Abbas <sirajuddinabbas@gmail.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Thu, 3 Mar 2011 10:30:10 +0800
To: SIM<sahabatinteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] INFO : Tulisan Rencong = Tulisan Melayu Yang Asli

 


Siapa kata org Melayu tiada tulisan ciptaan bangsa mereka sendiri ? Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya 4 jenis tulisan iaitu:
Rencong,
Kawi,
Palava,
dan Jawi.


Antara keempat-empat tulisan tersebut,
hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenal pasti sebagai tulisan Melayu yang asli tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi,dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan "kerana modenisasi iluminati".

SEJARAH AKSARA (TULISAN) RENCONG.

   
Tulisan Rencong = Simbol & Maksud


Aksara
Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).
Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.

'Rencong'
adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong.
Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).

Aksara
Rencong juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. Walau bagaimanapun,
tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masihi lagi.
Aksara Rencong ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.

Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.

Selain Aksara Rencong,aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno.
Namun begitu, Aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.

Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava,
orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat).

   
Tiub buluh yang ditulis dalam aksara Rencong.


   
Tiub buluh yang ditanggalkan ditulis dalam aksara Rencong.

Tulisan Rencong Pada Buluh


   

Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu,

orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.
Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat.

Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong,
Kawi atau Palava,orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut.
Sebaliknya,orang-orang Melayu Klasik cuba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu.
Hasilnya,lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan diguna-pakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik.
Walau bagaimanapun,aksara Rencong
terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang),
kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Quote:Tulisan Kawi dan Palava mula digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno selepas diperkenalkan oleh pedagang dari India.

Huruf Kawi (Gambar Bawah)

   

Tulisan Palava (Gambar Bawah)

   

Tulisan Jawi (Gambar Bawah)

   
Tulisan Jawi mengambil alih peranan sebagai sistem penulisan Bahasa Melayu Klasik selepas kedatangan Islam di Kepulauan Melayu.
(Huruf-huruf di dalam bulatan adalah unik bagi bahasa Melayu dan tidak dijumpai di dalam tulisan Arab).
http://www.bestnya.com/forum/thread-198.html

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment