Sunday, November 14, 2010

Hidup melarat kerana Adat Perpatih di N.Sembilan ?

------Original Message------
From: Rozmal bin Malakan
Sender: SIM
To: SIM
ReplyTo: SIM
Subject: [sim] ARTIKEL : Hidup melarat kerana Adat Perpatih di N.Sembilan ?
Sent: Nov 14, 2010 3:00 PM

  Tanah adat hanya boleh diturunkan kepada anak perempuan. Selain daripada tanah adat segala harta dan tanah boleh diturunkan menurut syariat Islam. Tanah adat sepatutnya adalah milik suku, bukan milik peribadi. Saya tak pasti samada ibu tunggal yang melarat di bawah ini orang luar N.Sembilan dan suaminya orang N.Sembilan. Tapi itulah hakikatnya jika suami tidak bertanah, isteri dan anak-anak mereka akan melarat jika sanak saudara tidak mengambil berat. Jangan salahkan Adat Perpatih dalam isu ini, salahkan pengamal adat yang tidak mahu berkompromi yang akhirnya anak-anak buah memandang serong pada Adat Perpatih, apatah lagi orang luar. Tepuk Dada, Tanya Iman. Sila buat search di Google dan sebagainya untuk ADAT PERPATIH, TANAH TERBIAR, RUMAH TERBIAR, KEMISKINAN Juga boleh baca artikel Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html SERAH ANAK KERANA MISKIN Sinar Harian 14 Nov 2010 REMBAU - Kesempitan hidup selepas kematian suami tercinta tiga tahun lalu akibat penyakit jantung menyebabkan seorang daripada empat anaknya terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana tidak mampu. Ibu tunggal, Marzita Mazni, 46, berkata, dia kini menyewa di tingkat atas rumah kedai di pekan Kota sejak tiga tahun lalu. Dia yang tidak bekerja kerana menga-lami masalah kesihatan terpaksa bergantung kepada bantuan disalurkan pihak kerajaan untuk meneruskan hidup bersama anaknya. Menurutnya, anak sulungnya berusia 20 tahun kini bekerja di Pulau Pinang selepas mengambil keputu-san berhenti sekolah ketika berada di tingkatan dua kerana hilang minat belajar. "Walaupun tindakannya tidak disenangi ahli keluarga lain, tetapi kami terpaksa akur kerana dia tetap berdegil tidak mahu meneruskan pelajaran. Tetapi saya lega kerana setiap bulan dia tidak lupa mengirimkan wang. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, tetapi sudah memadai," katanya ketika ditemui pada Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota oleh Majlis Daerah Remb
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment