Tuesday, January 11, 2011

Biasakan bersikap positif

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: BawangGoreng� <bawangoreng@gmail.com>
Sender: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Date: Sun, 9 Jan 2011 18:52:40 +0800
To: SIM<SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
ReplyTo: SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: [sim] ARTIKEL : Biasakan bersikap positif

 


Biasakan bersikap positif

 


Assalamualaikum warahmatullah,

Kebanyakan dari kita memang gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Ada kemungkinan, ia disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar diterima, tetapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

Tanda-tanda kurang keyakinan diri :

  1. Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit pun tidaklah sekuat mana.
  2. Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas.
  3. Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut.
  4. Menaikkan bahu seolah-olah takut.
  5. Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham.
  6. Menyorokkan diri di sebalik buku atau surat khabar.
  7. Kelihatan hidup di dunianya sendiri, kerana tidak memperdulikan orang lain.

Keyakinan diri bermula dari dalam diri anda sendiri

Bukan semua orang mempunyai daya keyakinan pada diri sendiri secara sepenuhnya. Jangan mudah berputus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperoleh keyakinan diri. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri dan seterusnya memperoleh kekuatan dalaman yang akhirnya memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan kita. Di antaranya :

1 – Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda

Pastikan ia sesuatu yang boleh anda peroleh seperti belajar memandu atu mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.

2 – Luahkan perasaan takut anda

Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.

3 – Belajar dari pakar

Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus Motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

4 – Latih depan cermin

Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati wtak jika berlatih di depatn cermin sebelum berada di pentas atau sebelum menghadiri temu duga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

5 – Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh

Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkenyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup. Ke semua mereka ini boleh dijadikan contoh untuk membina daya keyakinan diri kita.

6 – Mendapatkan 'feedback' atau tindak balas

Tiada siapa yang tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan 'feedback' mengenai perkembangan diri anda.

7 – Berfikiran positif

Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran secara positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama-kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

8 – Menghargai diri sendiri

Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu. Walaupun caranya bukan mudah, terutama apabila segala yang anda lakukan boleh menyebabkan orang lain berasa marah terhadap anda. Ingatlah, sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan berasa takut dengan orang lain. Ingatlah, 'nobody's perfect'. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Kita perlu kuat dalam hidup ini. Kita perlu hidup demi memberi kehidupan dan sinar kebahagiaan kepada orang-orang yang sangat kita cintai. Malam dan siang adalah permainan hari, sedangkan kebahagiaan dan penderitaan adalah permainan hidup.

Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya.... Renung-renungkan...

Rujukan : Mohd Huzairi Zainuddin [huzairi_z@hotmail.com]

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment